
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera wahai keluarga, saudara-mara dan sahabat handaiku sekalian, Agak-agaknye rase-rasenye masih lagi belum terlambatkan nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kalian semua.. Almaklumla, kan raye selama sebulan.. jadi tak kesah la kalo nak wish pada hari raye ke-4 ke or raye ke-18 ke.. janji dalam mase sebulan tu ade gak wish kan..?
So diharap semua mengamalkan kegembiraan menyambut hari raya ni secara sederhana sebab kita telah meninggalkan Ramadhan di belakang..Bulan yang banyak menduga keimanan kita, bulan yang menduga api amarah kita, bulan yang di suruh berbuat baik dan bulan yang ditutup pintu neraka..
Tertanyakah kita walaupun sedetik dalam hati, adakah kita pergunakan bulan Ramadhan ini sepenuhnya untuk berbuat amal ibadat secukupnye..?
Barangkali persoalan ini pernah terngiang-ngiang di fikiran saudara saudari kan..?
Mungkin ada yang berkata ' Alhamdulillah, aku sudah.. '
Tapi memang hakikatnya ramai akan berkata ' Ya Allah, aku belum sempat nak beramal.. '
Sebenarnye saudara saudari jangan bimbang, walaupun tak pegi solat tarawikh penuh selama sebulan (ni terkena diri sendiri nih) ataupun bagi sedekah kpd fakir miskin ataupun membebaskan seorang hamba abdi, tapi ingatlah walau setitik amal yg kite buat, pasti akan ada ganjaran di akhirat kelak..Itulah bekalan yg kita akan bawa nanti..
Nak kate pandai agama tak lah sangat, tapi adala faham agama ni secara kecil-kecilan supaya tak tersesat dan terbabas di kemudian hari..
Dan dalam kita bergembira, pasti ada yg terluka (ni dah terambik lagu raye pulak).. Luka maksudnya org yg dalam kesusahan..sendiri-sendiri paham la kadar kesusahan yg camane tu ye.. nak explain kang sampai tahun depan punye raye pun tak settle..
dan tak lupe juga luka yg same pada tiap-tiap tahun iaitu luka kerana accident dan luka kerana main mercun.. ni memang tak dapat dielakkan..mesti ade kuar berita front page.. mende yg same je berulang.. tak paham betul la dengan dorang-dorang nih..kot-kot nak main mercun pun walaupun mende tu salah di sisi undang-undang Malaysia,tapi kalo terlepas pun, main la dengan penuh adab dan tatasusila..ni main mercun konon nak tunjuk hero kampung pisang la..
ntah macamane dorang ni punye terer nak adjust mercun pop jadi bazooka kot..?? memang hebat orang Malaysia nih.. kalah osama bin laden.. yang meranaye mak bapak dorang gak pasal kene baya kos rawatan hospital anaknye dan kene interview dek jiran-jiran..yang terlukanye, padan muka korang.. pandai-pandai jadi engineer tak bertauliah, korang tanggung la sendiri..
Pastu bab-bab yg accident ni pulak tak dapek la den nak mengulas lanjut sebab semua tu qada dan qadar.. ' Pihak pentadbiran tertinggi ' yang menguruskan hal ehwal manusia dan hidupan di alam semesta dah tentukan camtu.. nak wat camne.. tapi kalo nak difikirkan secara logik, isu yg still panas dari 3-4 bulan lepas sampai sekarang nih iaitu isu H1N1, kadar kematian H1N1 still tak bole lawan kadar kemalangan maut mase hari raya.. H1N1 amek mase 2-3 bulan nak cecah angka kematian 30 orang, tapi kadar kemalangan maut mase hari raye amek mase beberape jam je nak sampai tahap tu.. dahsyat kan tuan-tuan dan puan-puan.. sama-samalah kite pikirkan mane lagi teruk tahap kematiannya..
Dan, di kesempatan ini ingin ambo menambah, time makan tu, pandai-pandai la makan dengan ilmu memakan yang sempurna..jangan la pulak sebab nak balas dendam sebab sebulan tak dapat bersarapan pagi, korang bantai makan lemang ngan rendang sepanjang hari..
semua tu berlemak dan kandungan kolestrol tinggi beb.. silap-silap hari ni korang makan camtu, esok doktor sahkan korang ngidap penyakit berisiko tinggi..
Dan akhir kata, semoga kehadiran syawal ni menambahkan kekuatan tali silaturrahim antara kita.. ambo susun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan, kekasaran bahasa melayu mahupun bahasa inggeris yang lalu mahupun dalam menaip blog ini kerana yang buruk itu datang dari kejahilan diri saya sendiri dan yang cantik itu datang dari Allah SWT..
Selamat Hari Raye Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..
Semoga segala amalan serta ibadah kita sepanjang tahun dikurniakan limpah dan rahmat dari Yang Maha Esa..
Salam muhibah dan salam 1 Malaysia..

bersama-sama kita mengambil iktibar dari video yg ' panas ' kat bawah nih



































