Mula-mula nak mintak ampun sebab dah lame tak update blog nih..bukan tak sudi tapi sejak Sukan Staf Antara Kampus ari tu kat UiTM Dungun ni bertarikh 18-23 Mei 2009, sampai la sekarang ambo masih lagi busy..
Takde mase nak update blog nih..Ni pon curi-curi mase sebab dah lame sangat ambo tak meluangkan masa bersama peminat-peminat sekalian..cewah..
Sukan Staf Antara Kampus UiTM hari tu (poster seperti di atas nih), melibatkan staf-staf UiTM dari kampus cawangan seluruh Malaysia:
- Kampus Johor
- Kampus Melaka
- Kampus Negeri Sembilan
- Kampus UiTM Malaysia, Shah Alam
- Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana (Kampus baru nih)
- Kampus Perak
- Kampus Pahang
- Kampus Kelantan
- Kampus Pelis
- Kampus Kedah
- Kampus Pulau Pinang
- Kampus Sabah
- Kampus Sarawak
Banyak kan kampus UiTM kitorang..sebab tu la UiTM still the best..!!
Kerja-kerja persiapan terakhir kitorang di Unit Sukan dah start sejak 3 minggu lagi sebelum mula Sukan Staf..Penatnye tak terkira..Almaklum la nak perfect..Nak bagi semua peserta dan pegawai-pegawai puas hati..Tiap-tiap hari kitorang balik keje jam 2-3 pagi.. kadang-kadang terlajak sampai 4 pagi..pastu nak pegi keje balik jam 8 pagi..Keje direct takde cuti ujung minggu selama sebulan..kene pulok ambo ditugaskan untuk menerajui jawatankuasa persiapan padang dan gelanggang termasuk peralatan..berat tugasnye wahai tuan puan sekalian..kemudian biler berlangsungnya acara tersebut, ambo ditugaskan untuk menerajui pasukan sukarelawan..ni lagi la banyak masalahnye..ingat senang ke nak control siswa dan siswi yang seramai 150 orang..??!!
tapi yang bestnye Sukan Staf nih, kitorang dapat berjumpa ramai kawan2 baru dari UiTM seluruh Malaysia dan dapat berjuta-juta pengalaman baru manage kejohanan sukan yang agak besar jugak nih..
Habis Sukan Staf ni, start pulak Sukan Staf Universiti Malaysia bertarikh 3-13 Jun 2009 du Universiti Malaysia Terengganu..Yang ni melibatkan staf-staf dari universiti seluruh Malaysia..UPM, UUM, UM, UIAM, UiTM, UTM, dan lain-lain lagi..mane-mane uni. yg ambo tak sebutkan tu, minta ampn banyk-banyak la ye..Untuk kejohanan ni, ambo ditugaskan untuk menjadi urusetia kontinjen..maknanye keje menkalibrasi transport untuk teams yang nak pegi bertanding, makan minum dorang, jadual-jadual perlawanan, keputusan perlawanan, amek gamba kontinjen tengah lawan, dan sebagainye..memang banyak kalo nak sebut..
itulah tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada kitorang oleh Tan Sri VC kitorang..
Oh ya. Naib Canselor kitorang dah dapat Tan Sri sejak birthday KDYMM Agung pada 6 Jun lepas..lidah masih lagi kelu nak sebut Tan Sri sebab dah terbiasa panggil Dato' Seri VC..
Itulah UiTM = Universiti Tolong Melayu.. sesape yg tak setuju, boleh blah..!!
Ok setakat nih..Penat menaip dah..Sudah jam 2, mau sambung kerla lagi..
Wassalam..............................................................................................

0 comments:
Post a Comment